Once Upon a Time in Mumbaai
| Once Upon a Time in Mumbaai | |
|---|---|
| Pengarah | Milan Luthria |
| Penulis | Rajat Arora |
| Dihasilkan oleh | Ekta Kapoor Shobha Kapoor |
| Dibintangi | |
| Dikisahkan oleh | Randeep Hooda |
| Sinematografi | Aseem Mishra |
| Disunting oleh | Akiv Ali |
| Muzik oleh | Lagu: Pritam Skor latar: Sandeep Shirodkar |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 30 Julai 2010 |
Masa tayangan | 135 minit |
| Negara | India |
| Bahasa | Hindi |
| Bajet | ₹380 juta ($8.3 juta) |
| Pecah panggung | ₹852 juta ($19 juta) |
Once Upon a Time in Mumbaai ialah sebuah filem gengster India 2010 yang ditulis oleh Rajat Arora, yang diarahkan oleh Milan Luthria dan diterbitkan oleh Ekta Kapoor. Ia dibintangi oleh Ajay Devgn, Emraan Hashmi, Kangana Ranaut, Prachi Desai dan Randeep Hooda. Filem ini diterbitkan di bawah Balaji Motion Pictures dan dikeluarkan pada 30 Julai 2010. Ia menerima ulasan positif secara umum dari pengkritik dan kejayaan pecah panggung. Filem ini berdasarkan pada kehidupan samseng bawah tanah Mumbai Haji Mastan dan Dawood Ibrahim.
Kesinambungannya, Once Upon a Time in Mumbai Dobaara! telah dikeluarkan pada 15 Ogos 2013. Ia menampilkan Akshay Kumar menggantikan Hashmi dari filem pertama bersama Imran Khan. Penggambaran untuk kesinambungan filem itu bermula pada Ogos 2012 di Oman. Ia menerima ulasan negatif dari kedua-dua pengkritik dan penonton dan gagal di pecah panggung.