Imran Khan (pelakon)

Imran Khan
Khan di acara promosi Matru Ki Bijlee Ka Mandola pada 2013
Kelahiran
Imran Pal

(1983-01-13) 13 Januari 1983
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanSekolah Tinggi Fremont
Sekolah Scotland Bombay
Akademi Filem New York
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–2015
PasanganAvantika Malik (k. 2011)
Anak-anak1
SaudaraAamir Khan (bapa saudara)
Mansoor Khan (bapa saudara)
Nasir Hussain (datuk)
Raj Zutshi (bapa tiri)

Imran Khan (lahir Imran Pal; 13 Januari 1983) ialah pelakon filem Amerika asal India, yang muncul dalam filem Hindi. Beliau ialah anak saudara pelakon Aamir Khan dan pengarah-penerbit Mansoor Khan, dan cucu pengarah Nasir Hussain. Beliau muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem-filem Qayamat Se Qayamat Tak (1988) dan Jo Jeeta Wohi Sikander (1992).