Olympisch Stadion (Antwerp)
| Het Kiel | |
| Lokasi | Antwerp, Belgium |
|---|---|
| Kapasiti | 12,500 |
| Permukaan | Padang |
| Pembinaan | |
| Dibuka | 1920 |
| Pengubahsuaian | 1999–2000 |
| Tuan rumah | |
| Beerschot | |
Olympisch Stadion (Sebutan Belanda: [oːˈlɪmpis ˌstaːdijɔn]) atau Kielstadion ([ˈkilstaːdijɔn]) merupakan stadium utama bagi Sukan Olimpik Musim Panas 1920 yang diadakan di Antwerp. Semasa temasya tersebut, stadium ini menganjurkan acara olahraga, ekuestrian, hoki padang, bola sepak, gimnastik, pentatlon moden, ragbi kesatuan, tarik tali, angkat berat dan korfball (acara demonstrasi). Selepas Sukan Olimpik, stadium ini telah diubah suai kepada sebuah stadium bola sepak. Penyewa kininya ialah K Beerschot VA, sebuah kelab bola sepak Belgium. Balapan olahraga Olimpik pula telah dirobohkan.
Barangkali Archibald Leitch pernah terlibat dalam reka bentuk stadium kerana beliau pernah membuat beberapa lawatan ke situ sebelum temasya itu.