Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi
Kelahiran
Oki Setiana Dewi

(1989-01-13) 13 Januari 1989
Warganegara Indonesia
Nama lainKak Oki
Pekerjaan
Tahun aktif2008–sekarang
PasanganOry Vitrio, S.Kom (k. 2014)
Anak-anakMaryam Nusaibah Abdullah (2014)
Khadeejah Faatimah Abdullah (2016)
Ibrahim Muhammad Abdullah (2017)
Sulaiman Ali Abdullah (2020)
Ibu bapaSulyanto (ayah)
Yunifah Lismawati (ibu)
KeluargaShindy Kurnia Putri (adik)
Ria Ricis (adik)
Laman web rasmiwww.okisetianadewi.co.id

Dr. Hj. Oki Setiana Dewi, S.Hum, M.Pd (lahir di Batam, Kepulauan Riau, 13 Januari 1989; umur 36 tahun) ialah seorang pelakon Indonesia yang melakonkan tokoh Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Oki lahir dari pasangan asal Palembang, Suliyanto dan Yunifah Lismawati. Sejak usia 16 tahun, Oki telah merantau ke Jawa dan menetap di Depok. Kini, Oki menjadi pimpinan Yayasan Maskanul Huffadz dan pendakwah bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di negara lain seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.