Odex

Odex Pte Ltd
Jenis/bentuk sahPrivate Limited
IndustriPengedaran bahan Animasi
Ditubuhkan Singapura (1998)
Ibu pejabatSingapura, Singapura
Tokoh pentingPeter Go, CEO/Director
Stephen Sing, Enforcement Division
KeluaranVCD/DVD
HasilKira-kira S$1 juta
Bilangan kakitangan20
Tapak webwww.odex.com.sg
sunting ยท sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Odex ialah sebuah syarikat Singapura yang melesenkan dan mengeluarkan anime untuk kegunaan tempatan dan serantau (Asia Tenggara). Odex didaftarkan pada tahun 1998 untuk tujuan melesenkan dan mengimport bahan drama dan animasi luar negara ke Singapura, dan mula mengedar bahan-bahan tersebut sejak tahun 2000. Odex meraih perhatian media dan orang awam pada tahun 2007 apabila mula mendakwa pihak-pihak yang memuat turun video bahan-bahan yang disublesenkan kepada syarikat berkenaan.

Selain perlesenan, Odex juga melakukan kerja penterjemahan, pembubuhan sari kata dan/atau alih suara untuk syarikat-syarikat lain. Odex juga menjual rancangan televisyen ke stesen-stesen televisyen di Singapura, Malaysia dan Indonesia, seperti ntv7, MediaCorp TV12 Central, MediaCorp TV Channel U dan Starhub E-City (Saluran 56).