Obersturmbannführer

Obersturmbannführer

Lencana kolar

Lencana bahu Lencana celoreng
Negara Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Singkatan Ostubaf
Diperkenalkan 1933
Dimansuhkan 1945
Kod
NATO
OF-4
Pangkat tinggi seterusnya

Standartenführer

Pangkat rendah seterusnya

Sturmbannführer

Persamaan pangkat Oberstleutnant

Obersturmbannführer ([ˈoːbɐ.ʃtʊʁm.ban.fyːʀɐ], "pemimpin kanan unit gempur") adalah sejenis pangkat separa tentera Parti Nazi (NSDAP) Jerman yang digunakan oleh kedua-dua SA dan SS. Ia telah diwujudkan pada Mei 1933 untuk mengisi keperluan bagi pangkat tambahan di atas Sturmbannführer. Ia menjadi satu pangkat SS pada masa yang sama. Diterjemah sebagai "pemimpin kanan unit serangan (atau gempur)", Obersturmbannführer adalah orang bawahan kepada Standartenführer dan setaraf dengan Oberstleutnant (Leftenan Kolonel) dalam Tentera Darat Jerman. Insignia bagi Obersturmbannführer ialah 4 pip perak dan satu jalur, ditumpukan pada kolar kiri pakaian seragam SS/SA. Pangkat itu juga menggunakan papan bahu milik Oberstleutnant dan merupakan pangkat SS/SA tertinggi yang memaparkan insignia unit pada kolar sebelah kanan.