Avena sativa

Avena sativa
Butir-butir biji A. sativa yang masak
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Poales
Keluarga: Poaceae
Subkeluarga: Pooideae
Genus: Avena
Spesies:
A. sativa
Nama binomial
Avena sativa
L. (1753)

Avena sativa merupakan sejenis spesies tumbuhan dalam genus Avena; ia tumbuh asal di tengah Eropah dan disebarkan di kawasan-kawasan beriklim sederhana dan dingin. Biji benihnya dituai menjadi bijirin makanan manusia; ia seringkali dimasak menjadi bubur, diadun dan dibakar menjadi biskut, dan sebagai bahan dalam muesli dan granola. Ia juga bahan makanan untuk haiwan ternakan seperti ayam dan kuda.