Nur Jahan

Nur Jahan
Permaisuri Agung Mughal
PemakamanShahdara Bagh, Lahore
PasanganSher Afghan Quli Khan
Jahangir
AnakandaLadli Begum
KerabatTimurid
AyahandaMirza Ghias Beg
BondaAsmat Begum
AgamaIslam Syiah
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "imgw"

Begum Nur Jahan ( Parsi / Urdu : نور جہاں) (ejaan alternatif Noor Jahan, Nur Jehan, Nur Jahan, Noor Jehan dll) (1577-1645), nama kelahirannya Mehr-un-Nissa, adalah ratu dari Wangsa Mughal dari Parsi. Makam asalnya terletak di Lahore , Pakistan. Dia adalah ibu saudara/bibi kepada Maharani Mumtaz Mahalserta ibu tirinya Maharaja Shah Jahan .

Nur Jahan Begum adalah isteri ke-20 sekaligus isteri terakhir, ketua permaisuri serta isteri kegemarannya Maharaja Mughal, Jahangir yang mana merupakan suami kedua beliau. Begum Nur Jahan merupakan maharani yang paling terkenal dari Empayar Mughal. Beliau memegang gelaran "memerintah dari balik takhta" atau kekuatan sebenar dibalik takhta semasa Maharaja Jahangir berjuang melawan ketagihan serius akan alkohol dan candu di sepanjang pemerintahan beliau. Nur Jahan menjadi wanita paling berpengaruh di empayar Mughal ketika pertengahan abad ke-17 serta dianggap satu-satunya pemerintah wanita 'de facto' dalam sejarah Mughal. Nur Jahan menggenggam hampir seluruh kekuasaan empayar Mughal yang sebelumnya tidak berlaku kepada mana-mana permaisuri Mughal sebelum atau selepasnya dengan diberi keistimewaan serta penghormatan tertinggi, iaitu satu-satunya permaisuri Mughal yang mana koin perak kerajaan dicetak atas namanya. Bersama suaminya Jahangir, Nur Jahan memerintah Mughal yang membentang dari Bengal(kini Bangladesh) di timur sehingga ke dataran Deccan di bahagian selatan, menuju ke Agra dan Kashmir di utara sehingga ke Afghanistan.

Mehrunissa dilahirkan di Kandahar, Empayar Safawiyah ( Afghanistan) pada 1577, merupakan anak keempat dari keluarga bangsawan Parsi, ayahnya Mirza Ghias Beg dan ibunya Asmat Begum. Ketika Mehrunissa dilahirkan, keluarga Ghias Beg sedang bertarung dengan kegawatan ekonomi ditanah air mereka yang menyebabkan kekayaan mereka hilang dalam waktu yang singkat, untuk memperbaiki nasib, Ghias Beg memutuskan berhijrah ke Agra yang ketika itu sedang berkembang menjadi pusat ekonomi dan kebudayaan kerajaan Mughal. Untungnya Ghias Beg diperkenalkan kepada Akbar Agung Maharaja Mughal ke - 4 dan dianugerahkan jawatan bendahara Kabul (wilayah Mughal di Afghanistan) dalam waktu yang singkat. Mehrunissa seperti anak pegawai kerajaan yang lain menerima pendidikan yang baik di bidang kesenian, muzik, kesusteraan dan tarian. Pada usia 17 tahun, Mehrunissa telah dikahwinkan dengan Ali Quli Istalju, seorang perajurit Parsi atas perintah dari Maharaja Akbar. Perkahwinan ini menghasilkan seorang anak perempuan bernama Ladli Begum. Namun, pada tahun 1605, Ali Quli Istalju terbunuh dalam satu perselisihan dengan gabenor Bengal, selepas dua tahun Putera Salim menaiki takhta menjadi Sultan Mughal ke-4.

Pada tahun 1611, ketika sambutan Nowruz iaitu tahun baru musim Bunga, Mehrunissa dan Jahangir telah bertemu secara tidak sengaja, Mehrunissa yang menjanda ketika itu berkhidmat sebagai pelayan kepada Permaisuri Balu Ruqayya Begum, ibu tiri Jahangir. Atas perlindungan dari ancaman merbahaya akibat pembunuhan Ali Quli Istalju suami Mehrunissa, beliau telah dikirim ke Agra dan bernaung dibawah Ibu Ratu Ruqayyah, bersama puteri tunggalnya Ladli Begum, mereka berdua melayani dan berkerja dengan bersungguh-sungguh sehingga disayangi oleh Ibu Ratu. Jahangir terpesona dengan kecantikan Mehrunissa yang berusia 34 tahun dan melamarnya dua bulan kemudian, perkahwinan Mehrunissa dan Jahangir berlangsung pada 25 Mei 1611 dan merupakan perkahwinan terakhir untuk Jahangir.

Menjadi isteri kesayangan Jahangir, Mehrunissa memperoleh beberapa kelebihan dengan sebuah Istana dibina khas untuknya, Jahangir juga telah mengurniakan beberapa gelaran tinggi kepada Mehrunissa termasuk Nur Mahal ( Cahaya Istana ), Padshah Begum ( Ketua Permaisuri ) sehingga Nur Jahan ( Cahaya Dunia ) menjadi gelaran utamanya. Mehrunissa juga diberi kelebihan untuk memegang cap mohor kerajaan serta mengeluarkan Farman atau titah Diraja.