Jahangir

Nur-ud-din Salim Jahangir
4th Mughal Emperor of India
Pemerintahan15 October 1605 - 8 November 1627
(22 tahun, 24 hari)
Kemahkotaan24 October 1605, Agra
Didahului olehAkbar
Diikuti olehShah Jahan
PemakamanTomb of Jahangir
PasanganManbhawati Bai
Princess Manmati
Nur Jahan
AnakandaNisar Begum
Khusrau Mirza
Parwez
Bahar Banu Begum
Shah Jahan
Shahryar
Jahandar
KerabatTimurid
WangsaMughal
AyahandaAkbar
BondaMariam-uz-Zamani
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of birth"

Nur-ud-din Salim Jahangir ( Hindi : नूरुद्दीन सलीम जहांगीर Parsi : نورالدین سلیم جهانگیر) (Nama lengkap: Al-Sultan al-'Azam wal Khaqan al-Mukarram, Khushru-i-Giti Panah, Abu'l-Fath Nur- ud-din Muhammad Jahangir Padshah Ghazi [Jannat-Makaani]) (20 September 1569 - 8 November 1627) adalah pemerintah Empayar Mughal dari 1605 hinggalah hari kemangkatannya. Nama Jahangir berasal dari istilah Parsi جہانگير, yang bermaksud "Penakluk Dunia". Nur-ud-din atau Nur al-Din adalah istilah Bahasa Arab yang bermaksud "Cahaya Iman" . Beliau diputerakan sebagai Putera Muhammad Salim, putera ketiga dan tertua yang masih hidup kepada Maharaja Mughal Akbar . Putera kembar Sultan Akbar, Hasan dan Hussain, mangkat sewaktu masih bayi. Bondanya adalah Puteri Amber Rajput, Jodhabai (diputerikan Rajkumari Hira Kunwari, putri sulung Raja Bihar Mal atau Bharmal, Raja Amber, India)

Sultan Jahangir seorang yang alim dan suka berdoa.Hal ini berkat dari dola Syaikh Salim Chishti pada zaman Akbar.

Sultan Akbar mengembangkan ikatan emosional dengan desa Sikri (tempat tinggal Chishti). Oleh kerana itu, baginda mengembangkan bandar Sikri dan mengalihkan istana empayar dan tempat tinggal dari Agra ke Sikri. Kemudian ditukar nama kepada Fatehpur Sikri. Putri Syaikh Salim Chishti adalah ibu angkat Jahangir.Saudara angkat Nawab Khan Jahangir Kutb-ud-din adalah setiausaha peribadi maharaja Jahangir dan kemudian gabenor Bengal.