Nur Fathia

Fathia Latiff
فتحيا لطيف
Kelahiran
Nur Fathia binti Abdul Latiff

(1987-09-01) 1 September 1987
Nama lainNur Fathia, Fathia
PendidikanUndang-undang
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif2009–kini
Ibu bapa
  • Abdul Latiff Tahir (bapa)
  • Badriyah Hassan (ibu)
Saudara
  • Fanna (adik)
  • Fasiha (adik)
  • Ilham (adik)

Nur Fathia Abdul Latiff (dalam tulisan Jawi نور فتحاي عبداللطيفف, lahir 1 September 1987) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia.

Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Ummu Hani di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai Nabila di dalam drama Nur Kasih dan sebagai Dewi Yusra di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.