Norlida Ahmad

Connie
Kelahiran
Norlida binti Ahmad

(1959-12-23) 23 Disember 1959
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1984–kini
Terkenal keranaTujuh Biang Keladi

Norlida Ahmad (lahir 23 Disember 1959) atau sering menggunakan panggilan manja sebagai Connie merupakan antara pelakon wanita paling popular pada 1980-an di Malaysia.

Beliau sering dicalonkan dan meraih anugerah berasaskan populariti termasuk menerusi acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian serta pernah dua kali dinominasi untuk kategori Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia, masing-masing menerusi watak gadis liar dalam filem Tujuh Biang Keladi (1984) dan watak lagenda Mahsuri dalam Sumpahan Mahsuri (1989).