Ayu Damit
Ayu Damit | |
|---|---|
Ayu membuat persembahan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (2009). | |
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Ayu, Ayu Damit |
| Kelahiran | 1989 12 Julai 1989 |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Pop, balada |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2008 |
| Syarikat rakaman | Monkey Bone Records |
| Kegiatan berkaitan | Shila Amzah Nabil Zamanhuri |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Norayu Damit (lahir 12 Julai 1989) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menempa nama dengan menjuarai pertandingan menyanyi realiti One in a Million musim kedua. Beliau juga merupakan bekas peserta dan pemenang tempat ketiga bagi program realiti TV Gegar Vaganza musim ketujuh pada tahun 2020.
Single pertama beliau, iaitu "Hanya di Mercu" yang diperkenalkannya sebagai lagu finalis dalam acara finale OIAM2, pernah menerajui carta radio sekitar suku kedua tahun 2008. Album pertamanya, iaitu Inspirasi di bawah label Monkey Bone Records pada Julai 2009, dengan single terbaru Inspirasi Abadi.