Noor Hisham Abdullah

Noor Hisham Abdullah
Noor Hisham pada tahun 2018
Pengerusi
Institut Jantung Negara
Menyandang jawatan
1 Disember 2023
Didahului olehAbdul Rozali A Wathooth
Pengerusi
Kumpulan Kesihatan UCSI
Menyandang jawatan
1 Oktober 2023
Didahului olehPeter Ng
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Dalam jawatan
1 Mac 2013 – 21 April 2023
Perdana Menteri
Menteri
Didahului olehHasan Abdul Rahman
Digantikan olehMuhammad Radzi Abu Hasan
Maklumat peribadi
Lahir
Yew Ming Seong

(1963-04-21) 21 April 1963
Sepang, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Datin Seri Nik Suwaida Nik Mohd Mohyideen
PertalianHaji Nik Mohd Mohyideen Wan Musa (bapa mentua)
Anak6
Bidang pengkhususanDoktor, pakar bedah

Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor Hisham bin Abdullah (Jawi: نور هشام بن عبدالله; lahir Yew Ming Seong; 21 April 1963) ialah seorang pakar bedah Malaysia dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia dari 2013 hingga 2023. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia. Beliau paling dikenali sebagai Kapten yang mengetuai Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19.