Noor Azmi Yusof

Noor Azmi Yusof
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan
bagi Pertang
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 1 Julai 2023
Didahului olehJalaluddin Alias
Maklumat peribadi
Lahir (1967-01-06) 6 Januari 1967
Pertang, Negeri Sembilan
KerakyatanMalaysia
Parti politikBarisan Nasional (UMNO)
PasanganPoziah Samsudin
KediamanNegeri Sembilan

Noor Azmi Yusof (lahir 6 Januari 1967) ialah seorang ahli politik Malaysia untuk kawasan Pertang dan seorang bekas guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh, Negeri Sembilan. Beliau berasal daripada Mukim Pertang iaitu sebuah mukim di bawah pentadbiran Daerah Jelebu dan mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Kampung Geylang sejak tahun 2014 dan Naib Ketua UMNO Jelebu serta Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Jelebu selama sepenggal bermula 2014 hingga 2018 begitu juga Ahli Jawatankuasa UMNO Jelebu.