Noah Schnapp

Noah Schnapp
Schnapp di San Diego Comic-Con 2017
Kelahiran
Noah Cameron Schnapp

(2004-10-03) 3 Oktober 2004
Scarsdale, New York, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2015–kini

Noah Cameron Schnapp (lahir 3 Oktober 2004) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat yang terkenal dengan watak lakonannya sebagai Will Byers dalam siri cereka sains Netflix, Stranger Things. Beliau menyumbangkan suara sebagai Charlie Brown dalam filem animasi The Peanuts Movie. Noah juga muncul di filem Steven Spielberg pada tahun 2015, Bridge of Spies.