Bridge of Spies (filem)

Bridge of Spies
PengarahSteven Spielberg
Penulis
Dihasilkan oleh
  • Steven Spielberg
  • Marc Platt
  • Kristie Macosko Krieger
Dibintangi
SinematografiJanusz Kamiński
Disunting olehMichael Kahn
Muzik olehThomas Newman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 4 Oktober 2015
    (Festival Filem New York)
  • 16 Oktober 2015
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
141 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$40 juta
Pecah panggung$163.8 juta

Bridge of Spies ialah sebuah filem drama bersejarah Amerika Syarikat 2015 diarahkan oleh Steven Spielberg dari lakon layar oleh Matt Charman, Ethan Coen dan Joel Coen. Filem ini dibintangi Tom Hanks, Mark Rylance, Amy Ryan dan Alan Alda. Berdasarkan insiden U-2 1960 semasa Perang Dingin, filem ini menceritakan kisah seorang peguam, James B. Donovan yang diamanahkan untuk berunding pembebasan Francis Gary Powers—seorang juruterbang dimana pesawat pengintip U-2 yang dipandunya ditembak jatuh di Soviet Union— sebagai pertukaran untuk Rudolf Abel, seorang pengintip KGB Soviet yang ditahan oleh Amerika Syarikat. Nama filem ini merujuk kepada Jambatan Glienicke, yang menghubungkan Potsdam dengan Berlin, dimana pertukaran perisik mengambil tempat.

Fotografi utama bermula pada 8 September 2014 di Brooklyn, Bandar Raya New York dan penggambaran diteruskan di Studio Babelsberg, Potsdam. Filem ini dikeluarkan oleh Touchstone Pictures pada 16 Oktober 2015 di Amerika Utara dan diedarkan oleh 20th Century Fox di wilayah-wilayah lain. Filem ini mengutip $163.8 juta di seluruh dunia dan menerima pujian meluas. Ia menerima enam pencalonan Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (untuk Rylance).