Bahasa Austronesia Purba
| Bahasa Austronesia Purba | |
|---|---|
| PAN | |
| Rekonstruksi | Bahasa-bahasa Austronesia |
| Rantau | Taiwan |
| Rekonstruksi turutan |
|
Bahasa Austronesia Purba (singkatan PAN) ialah bahasa leluhur hipotesis kepada bahasa-bahasa Austronesia, salah satu keluarga bahasa utama di dunia, yang merangkumi bahasa Melayu. Bahasa Austronesia Purba difahamkan mula muncul di pulau Taiwan sebelum berpecah pada sekitar 5,500-6,000 SM. Bentuk leluhur atau induk bahasa ini telah dikaji melalui kaedah perbandingan pelbagai bahasa yang wujud di bawah rumpun Austronesia ini.