Nina Dobrev
Nina Dobrev | |
|---|---|
Dobrev pada Ogos 2018 | |
| Kelahiran | Nikolina Kamenova Dobreva 9 Januari 1989 Sofia, Bulgaria |
| Kerakyatan | Kanada, Bulgaria |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2006–kini |
Nikolina Kamenova Dobreva (Bahasa Bulgaria: Николина Каменова Добрева, pronounced [ˈnikolinɐ ˈdɔbrɛvɐ]; lahir 9 Januari 1989), lebih dikenali sebagai Nina Dobrev (/ˈdoʊbrɛv/ DOH-brev), ialah seorang pelakon wanita Kanada. Dilahirkan di Bulgaria, beliau berpindah ke Kanada bersama keluarganya pada usia 2 tahun dan membesar di Toronto. Watak lakonannya ialah menerusi Mia Jones dalam siri drama Degrassi: The Next Generation. Beliau kemudian dikenali dengan melakonkan watak Elena Gilbert dan Katherine Pierce dalam siri drama ghaib The CW, The Vampire Diaries.
Dobrev juga muncul dalam beberapa filem, termasuk The Perks of Being a Wallflower (2012), Let's Be Cops (2014), The Final Girls (2015), XXX: Return of Xander Cage (2017), dan Flatliners (2017).