Nikotinamida
| Data klinikal | |
|---|---|
| Nama lain | 3-piridinakarboksamida niasinamida amida asid nikotinik vitamin PP amida nikotinik vitamin B3 |
| AHFS/Drugs.com | Consumer Drug Information |
| Data lesen |
|
| Kaedah pemberian | Melalui mulut dan sapuan |
| Kelas ubat | Vitamin |
| Status perundangan | |
| Status perundangan |
|
| Pengecam | |
| |
| CompTox Dashboard (EPA) | |
| ECHA InfoCard | 100.002.467 |
| Data kimia dan fizikal | |
| Formula | C6H6N2O |
| Jisim molar | 122.13 g·mol−1 |
| Model 3D (JSmol) | |
| Ketumpatan | 1.40 g/cm3 g/cm3 |
| Takat lebur | 129.5 °C (265.1 °F) |
| Takat didih | 334 °C (633 °F) |
| |
| |
Nikotinamida (NAM), juga dikenali sebagai niasinamida, merupakan sejenis vitamin B3 yang terdapat dalam makanan dan digunakan sebagai makanan tambahan dan ubat-ubatan. Dalam bentuk suplemen, ia diberi melalui mulut untuk mencegah dan merawat pelagra (kekurangan niasin). Walaupun asid nikotinik (niasin) boleh juga diberi kepada pesakit untuk tujuan ini, nikotinamida mempunyai faedah lain iaitu tidak menyebabkan kemerahan kulit. Dalam bentuk krim, ia digunakan untuk merawat jerawat.
Kesan sampingan berkaitan adalah minimum. Pada dos yang tinggi masalah kesihatan hati mungkin berlaku. Jumlah pengambilan biasa adalah selamat untuk digunakan semasa kehamilan. Nikotinamida berada dalam keluarga ubat vitamin B, khususnya kompleks vitamin B3. Ia merupakan amida kepada asid nikotinik. Makanan yang mengandungi nikotinamida termasuk yis, daging, susu dan sayur-sayuran hijau.
Nikotinamida ditemui di antara tahun 1935 dan 1937. Ia wujud pada Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Nikotinamida boleh didapati dijual secara generik dan melalui kaunter. Di United Kingdom 60 g tiub nikotinamida menelan kos NHS kira-kira £7.10. Secara komersial, nikotinamida diperbuat daripada sama ada asid nikotinik atau nikotinonitril. Di sebilangan negara nikotinamida ditambah ke dalam bijirin.