Bananana!
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | Seluruh negara |
| Slogan | Where Kids Rule (2012 – 2014) |
| Ibu pejabat | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Pengaturcaraan | |
| Bahasa | Melayu Inggeris |
| Format gambar | 1080i 16:9 HDTV (dikecilkan kepada 16:9 576i untuk siaran SDTV) |
| Pemilikan | |
| Pemilik | Media Prima Berhad |
| Saluran saudara | TV3 TV9 NTV7 8TV |
| Sejarah | |
| Dilancarkan | 28 Mei 2012 |
| Digantikan oleh | Jaguh Kartun (Februari 2022;TV9) (September 2024; TV3) |
Bananana! ialah sebuah slot rancangan kanak-kanak di TV3.
Di TV3 8TV TV9 (setakat Jun 2012), slot ini disiarkan bermula 10:30 - 11:30 pagi dan 5:00 - 5:30 petang (5:00 - 6:00 petang pada hari Jumaat) dari Isnin - Jumaat. Manakala pada hujung minggu, ia disiarkan bermula 10:00 - 11:30 pagi dan 5:00 - 5:30 petang.
Di NTV7 (setakat Februari 2013), slot ini disiarkan setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam.
Di 8TV (setakat 28 Mei 2012), slot ini disiarkan setiap hari dari pukul 1:30 tengah hari hingga 2.00 petang dan ulang dari pukul 7.00 hingga 7.30 malam.
Slot Bananana! pernah dihentikan siaran di NTV7 dan TV9 ditambah semula.
Pada 13 Mei 2021, slot ini telah direhatkan bagi memberi laluan kepada rancangan-rancangan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Pada 9 September 2021, slot ini telah direhatkan sementara bagi memberi laluan kepada siaran langsung pembentangan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Pada Februari 2022, slot ini TV9 digantikan dengan slot kanak-kanak baharu, Jaguh Kartun.
Pada sekitar September dan Oktober 2024, Slot Bananana! telah secara perlahan ditamatkan di TV3.