Ng Wei Aik

Ng Wei Aik
黄伟益
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Tanjong
Dalam jawatan
5 Mac 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Chow Kon Yeow
Digantikan oleh Chow Kon Yeow
Majoriti28,645 (PRU-13)
Ahli Dewan Undangan Pulau Pinang
bagi Komtar
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mac 2013
Didahului oleh Lim Gim Soon
Digantikan oleh Teh Lai Heng
Majoriti3,328 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Lahir
Ng Wei Aik

(1977-12-20) 20 Disember 1977
George Town, Pulau Pinang, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam Bertauliah
Laman webngweiaik.com

Ng Wei Aik (Cina ringkas: 黄伟益Cina tradisional: 黃偉益pinyin: Huáng Wěiyì; dilahirkan pada 20 Disember 1977, seorang ahli politik berbangsa cina di Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk satu penggal bagi kerusi Komtar dan mantan Ahli Dewan Rakyat untuk satu penggal bagi kerusi Tanjong, Pulau Pinang. Beliau diberikan mandat atas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang ketika itu merupakan salah satu parti komponen di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Beliau digugurkan sebagai calon DAP untuk bertanding pada pilihan raya umum Malaysia 2018.

Beliau juga merupakan mantan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, YB Tuan Lim Guan Eng dan kemudian meletakkan jawatan pada bulan Mac 2014 untuk memberi fokus terhadap tugasnya sebagai ahli parlimen.