New York Mets

New York Mets
Musim 2025 New York Mets
Ditubuhkan pada 1962
Fail:New York Mets.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Nombor tidak digunakan
  • 14
  • 17
  • 24
  • 31
  • 36
  • 37
  • 41
  • 42
  • Shea
  • Ralph Kiner
Warna
  • Biru, jingga, putih
                  
Nama
  • New York Mets (1962–kini)
Gelaran lain
  • The Metropolitans
  • The Amazins
  • The Metsies
  • The Miracle Mets (1969)
  • The Amazin' Mets (1969)
  • The Bad Guys (1986)
Ballpark
  • Citi Field (2009–kini)
  • Shea Stadium (1964–2008)
  • Polo Grounds (1962–1963)
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (2)
  • 1969
  • 1986
NL Pennant (5)
  • 1969
  • 1973
  • 1986
  • 2000
  • 2015
NL East Kejuaraan Divisyen (6)
  • 1969
  • 1973
  • 1986
  • 1988
  • 2006
  • 2015
Kemunculan Wild card (4)
  • 1999
  • 2000
  • 2016
  • 2022
Pejabat pengurusan
PemilikSteve Cohen
PengurusBuck Showalter
Pengurus BesarBilly Eppler

New York Mets merupakan sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Queens, New York City. Mets bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai pasukan divisyen East National League (NL). Selain Mets, pasukan New York Yankees juga merupakan dua pasukan besbol utama yang berpangkalan di New York City. Mets telah ditubuhkan pada tahun 1962 bagi menggantikan pasukan New York yang menarik diri, Brooklyn Dodgers dan New York Giants. Oleh sebab itu, Mets telah mengguna pakai warna biru yang mewakili pasukan Dodgers manakala warna jingga pula diambil daripada pasukan Giants.

Bagi musim 1962 dan 1963, Mets telah beraksi di gelanggang sendiri di Polo Grounds, Manhattan sebelum berpindah ke Queens. Sejak tahun 1964 hingga 2008, Mets menggunakan Stadium Shea untuk aksi-aksi perlawanan pasukan. Semenjak tahun 2009 pula, Mets kini bermain di Citi Field yang terletak di bersebelahan tapak Stadium Shea pernah beroperasi.

Pada musim sulungnya, Mets merekodkan 40-120 sekali gus mencatatkan rekod terburuk sejak MLB memperkenalkan jadual aksi sebanyak 162 perlawanan. Mets tidak pernah menamatkan musim lebih daripada dua pasukan tercorot pada 1960-an sehinggalah berlakunya peristiwa "Miracle Mets" apabila mereka menumpaskan Baltimore Orioles dalam Siri Dunia 1969. Peristiwa tersebut juga dianggap sebagai salah satu kekecewaan terbesar dalam sejarah Siri Dunia walaupun Mets hanya menghasilkan 100 kemenangan pada musim itu. Mets telah layak ke postseason sebanyak sepuluh kali, menjuarai Siri Dunia dua kali (1969 dan 1986) serta memenangi lima pennant National League (terkini pada tahun 2000 dan 2015) serta enam gelaran divisyen National League East.

Semenjak tahun 2020, Mets telah dimiliki oleh bilionaire, Steve Cohen yang membeli pasukan ini bernilai 2.4 bilion dolar Amerika. Sehingga tahun 2022, Forbes meletakkan Mets sebagai pasukan MLB keenam paling berharga iaitu bernilai $2.650 bilion.

Sehingga penghujung musim 2022, rekod menang-kalah secara keseluruhan pasukan ini ialah 4,652–4,988 (Templat:Winning percentage).