Citi Field

Citi Field
Alamat41 Seaver Way
LokasiFlushing, Queens, New York City
Koordinat40°45′25″N 73°50′45″W / 40.75694°N 73.84583°W / 40.75694; -73.84583
Transit awam Long Island Rail Road':
Port Washington Branch
at Mets–Willets Point
New York City Subway:
Templat:NYCS Flushing at Mets–Willets Point
New York City Bus: Q19, Q48, Q66
PemilikNew York Mets
PentadbirNew York Mets
Kapasiti41,922 (2012–kini)
41,800 (2009–2011)
45,000+ (termasuk tempat untuk berdiri)
Rekod kehadiran45,186 (Perlawanan All-Star 2013)
44,859 (Siri Dunia 2015)
44,466 (Aksi musim)
Saiz PadangGarisan padang kiri - 335 kaki (102 m)
Kiri pusat - 358 kaki (109 m)
Kiri pusat dalam - 385 kaki (117 m)
Pusat padang - 408 kaki (124 m)
Kanan pusat dalam - 398 kaki (121 m)
Kanan pusat - 375 kaki (114 m)
Garisan padang kanan - 330 kaki (101 m)
PermukaanKentucky Bluegrass
Pembinaan
Pecah tanah13 November 2006 (13 November 2006)
Dibuka29 Mac 2009 (29 Mac 2009) (perlawanan kolej)
3 April 2009 (3 April 2009) (perlawanan persahabatan)
13 April 2009 (13 April 2009) (aksi musim)
Kos pembinaanUS$900 juta
($1.28 bilion dalam 2023 dolar)
ArkitekPopulous (dahulu HOK Sport)
Jurutera strukturWSP Cantor Seinuk
Perkhidmatan juruteraM-E Engineers, Inc.
Kontraktor amHunt/Bovis Lend Lease Alliance II (satu usaha sama)
Kontraktor utamaInternational Concrete Products
Tuan rumah
New York Mets (MLB) (2009–kini)
New York City FC (MLS) (2020–kini, separuh masa)

Citi Field ialah sebuah stadium besbol yang terletak di Flushing Meadows–Corona Park, di borough Queens, New York City, Amerika Syarikat. Stadium ini mula dibuka padatahun 2009 dan ia menjadi gelanggang tuan rumah bagi pasukan Major League Baseball (MLB), New York Mets. Stadium tersebut telah dibina bagi menggantikan stadium lama di sebelah tapak stadium ini, Stadium Shea yang telah digunakan semenjak tahun 1964.

Citi Field telah direka bentuk oleh syarikat Populous. Sebanyak $850 juta telah dibelanjakan bersama $615 juta subsidi awam, termasuk jualan bon perbandaran New York City yang akan dibayar oleh Mets bersama faedah. Pembayaran tersebut akan mengimbangi cukai-cukai harta untuk jangka sepanjang hayat stadium tersebut.

Perlawanan pertama di Citi Field ialah pada 29 Mac 2009 dalam aksi besbol kolej antara St. John's dan Georgetown. Mets beraksi dalam dua perlawanan sulungnya di stadium pada 3 dan 4 April 2009 menentang Boston Red Sox sebagai aksi persahabatan. Perlawanan sulung musim bermula pada 13 April 2009 menentang San Diego Padres. Citi Field pernah mengacarakan aksi Perlawanan All-Star Major League Baseball 2013, sekali gus menandakan Mets pernah menjadi tuan rumah acara tersebut buat kali kedua (pertama kali pada 1964, musim sulung di Stadium Shea).

Hak penamaan stadium telah dibeli oleh Citigroup, sebuah syarikat kewangan yang berpusat di New York dengan perjanjian bayaran sebanyak $20 juta pada setiap tahun.