Nestlé

Nestlé S.A.
Jenis/bentuk sahSociété Anonyme
Didagangkan sebagaiSIXNESN
ISINCH0038863350
US6410694060 
IndustriPemprosesan makanan
PendahuluHollandia 
Ditubuhkan1866 (1866) (sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company)
1867 (1867) (sebagai Farine Lactée Henri Nestlé)
1905 (1905) (sebagai Nestlé and Anglo-Swiss Condensed Milk Company)
PengasasHenri Nestlé
Ibu pejabatVevey, Switzerland
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingPeter Brabeck-Letmathe (Pengerusi), Paul Bulcke (CEO)
KeluaranMakanan bayi, kopi, produk tenusu, bijirin sarapan, konfeksioneri, botol air, aiskrim, makanan haiwan
Hasil CHF91.43 bilion (2018)
Pendapatan kendalian CHF13.75 bilion (2018)
Pendapatan bersih CHF10.46 bilion (2018)
Modal237,363,000,000 Franc Swiss (2018) 
Jumlah aset CHF137.01 bilion (2018)
Jumlah ekuiti CHF58.40 bilion (2018)
Pemiliktreasury stock, BlackRock, Norges Bank Investment Management 
Bilangan kakitangan 352,000 (2019)
Syarikat indukNational Amusements
Anak syarikatNestlé Waters, Nestlé (United States), Nestlé (Canada), Orion, Osem, Froneri, Nestlé Česko, BlueTriton Brands, Nespresso, Nestlé Rossiya, Nestlé Deutschland, Nestlé India, Nestle España, Cereal Partners Worldwide, Unilac, Inc., Tivall CZ, Rowntree's, Nestlé Pakistan, Blue Bottle Coffee Company, Alcon 
Tapak webwww.nestle.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "intl"

Nestlé S.A. (/ˈnɛsl/, dahulu /-əlz/; bahasa Melayu: [nɛsle]) ialah sebuah syarikat makanan dan minuman transnasional Switzerland yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Vevey, Vaud, Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang ditubuhkan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan.

Reputasi korporat Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland. Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam Bursa Swiss SWX. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.