Nekropolis Memphis
Nekropolis Memphis (Jawi: نيكروڤوليس ميمفيس, atau Padang Piramid) ialah segugus kompleks makam Mesir purba dengan keluasan 30-kilometer (19 bt) di penara Gurun Barat di sekitar ibu kota purba Memphis, Mesir Hilir, dan kini di Giza, Mesir. Ia merangkumi kompleks-kompleks piramid Giza, Abusir, Saqqarah dan Dahsyur, dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO atas nama Memphis dan Nekropolisnya. Kebanyakan piramid Kerajaan Lama dibina di sini, bersama-sama banyak mastaba dan makam lain.