Nekropolis
Nekropolis (Jawi: نيکروڤوليس) ialah kawasan perkuburan besar yang direka dengan monumen-monumen makam yang berhias. Nama ini berasal daripada bahasa Yunani Purba νεκρόπολις nekropolis (har. 'kota orang mati').
Istilah ini biasanya merujuk kepada tapak-tapak pengebumian khas yang terletak jauh dari bandar, berbeza dengan makam-makam dalam kawasan bandar yang lazim di pelbagai tempat dan dalam era sejarah. Ia juga berbeza dengan padang kubur yang tidak ada struktur-struktur atau penanda di atas tanah. Walaupun perkataan ini paling kerap digunakan untuk tempat-tempat purba, nama ini dihidupkan kembali pada awal abad ke-19 dan diterapkan untuk tanah-tanah perkuburan bandar terancang seperti Nekropolis Glasgow.