Nekrofilia

Nekrofilia, juga dikenali sebagai nekrofilisme, nekrolagnia, nekorokoitus, nekroklesis, dan tanatofilia, ialah tarikan seksual terhadap atau perbuatan seksual yang melibatkan mayat. Ia diklasifikasikan sebagai parafilia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam manual diagnostik Klasifikasi Antarabangsa Penyakit (ICD), serta oleh Persatuan Psikiatri Amerika dalam Manual Diagnostik dan Statistik (DSM).