Naza

Naza
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriKonglomerat
Ditubuhkan1975 (1975)
PengasasTan Sri SM Nasimuddin SM Amin
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingDatuk Wira SM Faisal, (Pengerusi Kumpulan Bersama)
SM Nasarudin, (Pengerusi Kumpulan Bersama)
Puan Sri Zaleha Ismail, (Pengarah),
SM Faliq, (Pengarah)
Nur Diana, (Pengarah)
Nur Nadia, (Pengarah)
Bilangan kakitangan5,000
Tapak webwww.naza.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_headquarters"

Kumpulan Naza merupakan sebuah konglomerat perniagaan Malaysia yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan yang terdiri daripada permotoran kepada pendidikan. Kumpulan itu mula beroperasi pada tahun 1975 sebagai sebuah syarikat perdagangan motor. Industri automotif kekal sektor yang paling penting bagi kumpulan itu.

Kumpulan ini mempunyai bahagian perniagaan termasuk pengedaran kereta dan motorsikal, pembuatan, pembangunan hartanah, makanan dan minuman, perhotelan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan limosin, pendidikan automotif, perladangan, pengedaran rokok, perkhidmatan kewangan. Kumpulan ini telah ditubuhkan dan diketuai oleh Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin selaku Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga kematiannya pada 1 Mei 2008.

Kumpulan Naza ialah pemegang francais untuk Ferrari, Maserati, Koenigsegg, Kia Motors, Peugeot, Chevrolet, Citroën, Brabus, Ducati, Harley-Davidson, Piaggio, Vespa, Aprilia, Gilera dan Motosikal India di Malaysia.

Naza juga mengeluarkan Naza Ria dan Naza Citra berasaskan model Kia Carnival dan Kia Caren. Selain itu Kumpulan Naza mengeluarkan Naza Sutera dan Naza Forza (berasaskan model Hafei Loba) yang dilancarkan pada April 2006, Naza Bestari (berasaskan model Peugeot 206) pada Mei 2006, Naza suria (berasaskan model Kia Picanto), Naza Forte (berasaskan model Kia Forte), Naza Brabus (berasaskan model Mercedes Brabus), Naza Rondo (berasaskan model Kia Rondo), Naza picanto (berasaskan model Kia Picanto),