Vespa

Vespa
Nama asliVespa 
Dinamakan sempenaPenyengat 
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriSkuter
Ditubuhkan23 April 1946 di Firenze
PengasasEnrico Piaggio 
Ibu pejabatPontedera, Itali
PemilikPiaggio 
Syarikat indukPiaggio & Co. SpA
Tapak webvespa.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "slogan"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Vespa ialah satu jenama skuter Itali yang dibuat oleh syarikat Piaggio. Nama "vespa" bermaksud penyengat dalam bahasa Itali.

Vespa telah berevolusi daripada skuter bermotor ekamodel yang dikilangkan pada tahun 1946 oleh Piaggio & Co. S.p.A. dari Pontedera, Itali—kepada satu aneka skuter dan salah satu daripada tujuh syarikat milik Piaggio—kini pengeluar kenderaan dwiroda yang terbesar di Eropah dan pengeluar motosikal keempat terbesar di dunia dari segi jualan unit.

Semenjak mula beroperasi, skuter jenama Vespa dikenali dengan badan keluli tertekan dan bercat yang menggabungkan penutup enjin yang selengkapnya (menutup mekanisme enjin dan melitupi kotoran atau gris), papan lantai yang leper (untuk perlindungan kaki), dan reraut depan yang menonjol (untuk perlindungan daripada angin) ke dalam satu unit struktur.