Naver

Naver
Maklumat umum
URLxx Swww.naver.com
JenisEnjin carian
Tersedia dalamBahasa Korea
Ditubuhkan2 Jun 1999
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikNaver Corporation
Pengasasxx SHae-Jin Lee (en)
Kandungan dan sokongan
KeluaranPortal web
KomersialYa
PendaftaranPilihan
Perangkaan
Kedudukan Alexaxx S 38 (Setakat 14 Mei 2019)
Lokasi
Ibu pejabatKorea Selatan
sunting · sunting di Wikidata

Naver (Hangul: 네이버) ialah platform dalam talian Korea Selatan yang dikendalikan oleh Naver Corporation. Ia dimulakan pada tahun 1999 sebagai portal web pertama di Korea yang membangun dan menggunakan enjin carian sendiri. Ia juga merupakan operator pertama di dunia untuk memperkenalkan ciri carian komprehensif yang mennyusun hasil carian dari pelbagai kategori dan membentangkannya dalam satu halaman. Sejak itu, Naver telah menambahkan banyak perkhidmatan baru dari ciri-ciri asas seperti e-mel dan berita sehingga ke platform Q&A dalam talian pertama yang dikenali sebagai Knowledge iN.

Sehingga September 2017, enjin carian mengendalikan 74.7% daripada semua carian web di Korea Selatan dan mempunyai 42 juta pengguna terdaftar. Lebih dari 25 juta orang Korea mempunyai Naver sebagai laman permulaan pada pelayar lalai mereka dan aplikasi mudah alih mempunyai 28 juta pengunjung setiap hari. Naver juga sering disebut sebagai 'Google Korea Selatan'.