Nathamuni
Nathamuni (Sanskrit: Nāthamuni) juga dikenali sebagai Sri Ranganathamuni atau Ranganathacharya (823 M – 924 M), ialah seorang ahli teologi Vaishnava yang mengumpul dan menyusun karya suci Divya Prabandham. Beliau dianggap sebagai acharya pertama dalam tradisi Sri Vaishnava. Nathamuni juga merupakan pengarang karya Yoga Rahasya, NyayaTattva dan Purusa Nirnaya.
Nama-nama lain yang dipercayai merujuk kepada Nathamuni termasuklah Sadamarsana Kula Tilakar, Sottai Kulaththu Arasar, dan Ranganatha Acharya.