Nasi beriani

Nasi beriani
Nasi Beriani Ayam Hydrebad
Nama alternatifBiriyani, Biriani, Buriyani
JenisMixed rice dish 
Jenis sajianHidangan utama
Kawasan/rantauIndia, Asia Selatan, Malaysia, Indonesia, Asia Tenggara, South Africa, Mauritius, dan United Kingdom
Suhu penghidanganPanas 
Bahan utama
  • Nasi
  • Rempah ratus
  • Daging
Bahan yang biasa digunakan
  • Daging biri-biri
  • Daging ayam
  • Daging lembu
  • Telur
  • Kekacang
  • Buah kering
  • Sayur-sayuran
  • Kentang
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
Berbeza-beza mengikut jenis kcal
sunting · sunting di Wikidata

Nasi beriani (disebut (/bɜːrˈjɑːni/)) merupakan sejenis hidangan nasi campur yang berasal dari kalangan orang Islam di Asia Selatan. Nasi beriani terbuat daripada gabungan nasi bersama-sama dengan rempah ratus, sayur-sayuran dan beberapa jenis daging seperti daging ayam, lembu, biri-biri, kambing bahkan ikan dan udang. Kadang-kadang, lauk telur dan potongan kentang dijadikan sebagai pengganti daging.

Nasi beriani merupakan salah satu hidangan paling terkenal di Asia Selatan serta diaspora dari rantau ini. Hidangan yang serupa juga disediakan di bahagian lain dunia seperti di Iraq, Myanmar, Thailand, dan Malaysia. Selain itu juga, nasi beriani juga merupakan hidangan yang paling banyak dipesan atau ditempah dalam perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan ke rumah dalam talian di India, dan telah dinobatkan sebagai hidangan paling terkenal secara keseluruhannya di India.