Narcissa Malfoy
| Watak Harry Potter | |
|---|---|
| Narcissa Malfoy | |
| Jantina | Perempuan |
| Warna rambut | Kuning Pudar |
| Warna mata | Biru |
| Kediaman | Malfoy Manor |
| Rumah | Slytherin |
| Sekolah | Hogwarts |
| Keturunan | Sihir |
| Dilakonkan oleh | Helen McCrory |
| Kemunculan pertama | Harry Potter and the Goblet Of Fire(buku) |
Narcissa Malfoy (née Black) merupakan salah satu watak rekaan dalam novel cereka bersiri Harry Potter karangan J. K. Rowling. Beliau merupakan seorang ahli sihir perempuan berdarah tulen, isteri kepada Lucius Malfoy dan ibu kepada Draco Malfoy. Beliau juga merupakan adik perempuan yang paling bongsu kepada Bellatrix Lestrange dan Andromeda Tonks, yang memberikan nama manja "Cissy" kepadanya. Walaupun tidak pernah menyertai Death Eater secara rasmi, Narcissa percayakan kepentingan keturunan darah tulen dan meyokong suaminya yang menjadi penyokong Lord Voldemort. Perkara ini berubah apabila nyawa anaknya dijadikan pertaruhan oleh Raja Kegelapan itu. Narcissa sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi keluarganya termasuklah menipu Voldemort tentang Harry Potter, satu tindakan yang menyelamatkan keluarga Malfoy dari dikenakan hukuman di Azkaban selepas tamatnya peperangan.