Nama orang Cina
Nama seseorang yang berbangsa atau kaum Cina berasal dari tanah besar Cina serta diasporanya ditata mendahulukan nama keluarga (Cina: 姓氏; pinyin: xìngshì) diikuti nama sendiri (Cina: 名; pinyin: míng) sepatah atau dua aksara Cina kata. Tatanama ini turut diambil guna Korea, Jepun dan orang Vietnam hasil pengaruh alam ketamadunan di rantau tanah besar Cina sejak zaman-berzaman.
Nama sendiri yang terdiri dari dua aksara lebih lazim lagi-lagi sejak dekad 2000 dan 2010-an, jika mengikut bancian perangkaan penduduk seluruh negara moden Republik Rakyat China sebanyak 75%.