Najwan Halimi
Mohd Najwan Halimi | |
|---|---|
| نجوان حليمي | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan Belia & Sukan, Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kreatif dan Pengurusan Bencana) | |
| Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
| Menteri Besar | Amirudin Shari |
| Didahului oleh | Mohd Khairuddin Othman (Belia dan Sukan) Rodziah Ismail (Keusahawanan) Portfolio ditubuhkan (Pemerkasaan Ekonomi Kreatif) Amirudin Shari (Pengurusan Bencana) |
| Kawasan pilihan raya | Kota Anggerik |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kota Anggerik | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Yaakob Sapari (PR–PKR) |
| Majoriti | 17,004 (2018) 10,834 (2023) |
| Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat Shah Alam | |
| Menyandang jawatan 13 April 2025 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Pengerusi Negeri | Amirudin Shari |
| Didahului oleh | Rodziah Ismail |
| Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 9 Januari 2019 – 28 Jun 2021 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Pengerusi Negeri | Amirudin Shari |
| Didahului oleh | Afzainizam Abd Rahman |
| Digantikan oleh | Chua Wei Kiat |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Selangor | |
| 2018 – | Pakatan Harapan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Najwan bin Halimi 8 Mei 1985 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2010–kini) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2010–2015) Pakatan Harapan (PH) (2015–kini) |
| Pasangan |
|
| Anak | 3 |
| Tempat belajar | Universiti Tenaga Nasional Universiti Putra Malaysia |
| Laman web | laman rasmi |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | Yang di-Pertuan Agong |
| Cawangan | Tentera Malaysia Rejimen Askar Wataniah |
| Tahun perkhidmatan | 2015 – kini |
| Pangkat | Prebet |
| Unit | Rejimen AW 502 |
Mohd Najwan bin Halimi (Jawi: نجوان حليمي; lahir 8 Mei 1985) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari sejak Ogos 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Kota Anggerik sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH. Beliau kini merupakan Ketua Cabang PKR Shah Alam dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor dari Januari 2019 hingga Jun 2021. Najwan merupakan salah seorang saksi pembela yang dipanggil oleh Mahkamah Tinggi Malaysia dalam perbicaraan liwat kedua Anwar Ibrahim.