Nafas Cahaya

"Nafas Cahaya"
Single oleh Misha Omar
daripada album Misha Omar
Dilancarkan28 Ogos 2006
FormatCD
GenrePop, Tradisional
Panjang5:00 minit
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenggubahM. Nasir
Penulis seni kataLoloq
PenerbitRamli M. S.
Kronologi single Misha Omar
""Tak Ku Duga"
(2006)"
"Nafas Cahaya" ""Cinta"
(2006)"
sunting · sunting di Wikidata

Nafas Cahaya (Inggeris: "Breath of Light") yang meledak di corong-corong radio pada 2006 merupakan salah sebuah lagu terbaik ciptaan komposer terkenal M. Nasir yang pernah diberikan kepada mana-mana artis wanita di Nusantara. Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi bervokal gemersik Misha Omar dan dicipta khas sebagai single pengenalan album ketiga beliau berjudul Misha Omar yang diterbitkan pada 2008.

Lagu ini ditangani oleh barisan pemuzik yang pernah memenangi anugerah dalam industri rakaman seperti Ramli MS, Peter Chin, M. Nasir, Loloq dan Misha Omar sendiri serta penyanyi latar, Juanita Ismail yang pernah mengiringi persembahan Siti Nurhaliza di Konsert Royal Albert Hall, London. Barisan genius ini berjaya menghasilkan sebuah lagu yang disifatkan antara yang paling dikenang sepanjang dekad lalu.