Gunung Ebal

Gunung Ebal (Arab: جبل عيبال, Jabal Islamiyeh; Ibrani: הר עיבל) ialah salah satu dari dua gunung di Palestin yang terletak berdekatan dengan bandar Nablus di Tebing Barat (Shechem Kitab Bible), dan ia membentuk wilayah utara di kawasan lembah di mana bandar Nablus terletak, manakala kawasan selatan dibentuk dari kewujudan Gunung Gerizim. Gunung Ebal merupakan antara puncak tertinggi di Tebing Barat, juga merupakan antara puncak paling tinggi di antara puncak gunung di Israel. Tingginya lebih kurang 3084 kaki (940 meter) di atas aras laut, lebih kurang 194 kaki (59 meter) lebih tinggi dari Gunung Gerizim. Gunung Ebal dianggarkan berkeluasan kira-kira 6.5 batu persegi (18 kilometer persegi), dan gunung ini terbina dari bongkah-bongkah batu kapur sebagai bahan asas. Pada kawasan lereng gunung terdapatnya sebilangan gua besar yang merupakan kuari dan bekas kuari asli., dan di dasar ke arah utara terdapat beberapa peninggalan kuburan.