Aksara N'Ko

Aksara N'Ko
ߒߞߏ
Jenis tulisan
PenciptaSolomana Kanté
Tarikh ciptaan1949
Tempoh masa
1949–sekarang
Arah tulisanRight-to-left 
Bahasa-bahasaN'Ko, Manding, Mandingo, Maninka
ISO 15924
ISO 15924Nkoo (), ​N’Ko
Unikod
Alias Unikod
NKo
Julat Unikod
U+07C0–U+07FF

Aksara N'Ko (ߒߞߏ - "saya berkata" dalam semua bahasa rumpun Manding) ialah suatu sistem tulisan untuk menulis bahasa-bahasa Manding dituturkan di Afrika Barat. Ia diciptakan Solomana Kanté pada 1949. Aksara ini mirip tulisan abjad Arab, terutama arah tulisnya (kanan-ke-kiri) serta sifat hurufnya yang saling bersambung pada tapak; namun begitu, ia tidak serupa dengan tulisan Arab di mana ia mempunyai tanda dan huruf wajib menandakan nada dan bunyi vokal dituturkan.

Sistem ini tidak sahaja memiawai semua bahasa serumpun Manding dituturi (melalui suatu laras bahasa dikembangkan iaitu bahasa N'Ko) malah dilihat sebagai antara sistem penulisan ciptaan terbaharu yang paling berjaya di rantau Afrika Barat di mana ia menggalakkan kecelikan huruf dalam kalangan penutur bahasa Manding serata rantau tersebut bahkan menguatkan identiti budaya Manding.