Muzium Nelayan Tanjung Balau
| Muzium Nelayan Tanjung Balau | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis | Muzium |
| Lokasi | Tanjung Balau, Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia |
| Negara | Malaysia |
| Koordinat | 1°37′N 104°15′E |
| Pembinaan bermula | 20 Ogos 1990 |
| Disiapkan pada | 8 Julai 1992 |
| Pembukaan | 1992 |
| Pembiayaan | MYR1.48 juta |
| Butiran teknikal | |
| Keluasan tingkat | 8 hektar |
| Maklumat lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Muzium Nelayan Tanjung Balau ini merupakan satu-satunya muzium yang menceritakan tentang sejarah peradaban nelayan di Malaysia. Ia dibina di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora). Muzium ini menyimpan dan mempamerkan pelbagai khazanah sejarah nelayan tradisional di Malaysia terutamanya di Pantai Timur seperti sejarah upacara nelayan, perahu tradisional, jaring, pancing, bubu dan lain-lain. Kompleks muzium ini mempunyai 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Terowong Masa KEJORA.