Nelayan

Nelayan (Jawi: نلاين) merujuk kepada mereka yang mencari pendapatan dengan menangkap ikan atau hidupan laut termasuk siput dan rumpai laut. Pendapatan mereka dari aktiviti menangkap ikan adalah lebih banyak dari aktiviti lain.

Ada beberapa istilah berkaitan dengan nelayah. Antaranya ialah :

  • Tekong - ketua membawa bot
  • Awak-awak - para pekerja dalam bot
  • Peraih - pembeli ikan di jeti dan menjual ke tempat lain
  • Tauke - tuan punya bot dan pukat