Muzikal Gamat
Muzikal Gamat merupakan sebuah pementasan teater bercorak muzikal terbitan CTRA Production yang mengambil latar dasar laut dengan menceritkan kisah seekor gamat yang mencari anaknya. Teater ini menampilkan pelakon dan penyanyi popular Amy Mastura sebagai teraju utama. Teater ini pertama kali dipentaskan dari 2 hingga 8 Oktober 2009 dan kemudian dipentaskan semula pada 14 hingga 21 Mac 2010 dengan sedikit penambahbaikan.