Muzik Zaman Baru
| Zaman Baru | |
|---|---|
| Maklumat am | |
| Asalan gaya | Muzik klasikal Muzik elektronik Musique concrète Rock progresif Rock psikedelik Muzik dunia Krautrock Muzik avant-garde Muzik rakyat tradisional Muzik ambien Minimalisme |
| Asalan budaya | Eropah akhir 1960-an |
| Asal usul | Amerika Syarikat, Eropah |
| Dicipta | 1960 |
| Alat muzik tipikal | piano, papan nada, sampler, penjujuk, komputer, alat tali, bunyi sekitar (kicauan burung, lenguhan ikan paus, percikan air terjun dsb.), alat muzik tradisional, gitar kapuk, seruling, hap, sitar, tambura, tabla, organ, kesan studio |
| Sebahagian daripada | Muzik popular |
| Subgenre | |
| Genre lakuran | |
| celtic fusion, puisi simfoni, biomuzik | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Muzik Zaman Baru (bahasa Inggeris: New Age) ialah pelbagai jenis muzik tenang yang bertujuan menghasilkan inspirasi, ketenangan, dan perasaan positif. Muzik ini didengari ketika menjalankan aktiviti yoga, urut, inspirasi, santai, meditasi, dan pembacaan sebagai cara menangani tekanan atau menimbulkan suasana damai di rumah atau mana-mana suasana yang dikaitkan dengan environmentalisme dan pergerakan rohani Zaman Baru.
Secara amnya, harmoni dalam muzik Zaman Baru berbunyi modus, konsonan, atau menerapkan bes yang mendengung. Selalunya, melodinya berulang-ulang agar menghasilkan suasana memukau. Adakalanya, rakaman bunyi alam diterapkan sebagai pembuka lagu ataupun didengarkan sepanjang lagu. Selalu ada lagu-lagu bermuzik sedemikian yang panjangnya mencecah 30 minit.