Mutang Tagal

Datuk
Mutang Tagal
PJN
Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20
Dalam jawatan
19 Februari 2024 – 10 Mei 2024
RajaSultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanNur Jazlan Mohamed
Didahului olehWan Junaidi Tuanku Jaafar
Digantikan olehAwang Bemee Awang Ali Basah
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
19 Februari 2024 – 10 Mei 2024
PenggalParlimen Malaysia ke-15
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Bukit Mas
Dalam jawatan
1982–1990
Didahului oleh Racha Umong
Digantikan oleh Michael Lisa Kaya
Maklumat peribadi
Lahir(1954-10-05)5 Oktober 1954
Buduk Nur, Ba'kelalan, Lawas, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia)
Meninggal dunia10 Mei 2024(2024-05-10) (umur 69)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Parti politikParti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
PasanganDatin Ho May Leng
PertalianJudson Sakai Tagal
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik, ahli perniagaan
Bidang pengkhususanPeguam

Datuk Mutang Tagal (5 Oktober 1954 – 10 Mei 2024) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Orang Ulu, Sarawak dari etnik Lun Bawang. Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 dari 19 Februari 2024 hingga 10 Mei 2024. Beliau merupakan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI) dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mas (1982-1990).