Imam Muda Musim 1
Musim Pertama rancangan realiti televisyen Imam Muda berlangsung dari awal Mac hingga 30 Julai 2010.
Juara Imam Muda akan mendapat biasiswa penuh di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, dilantik menjadi imam di mana-mana masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta. Selain itu mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 di samping pakej menunaikan haji.