Universiti Antarabangsa Al-Madinah
جامِعة المدينة العالمية | |
| Moto | Your Gateway to Borderless Learning |
|---|---|
| Jenis | Institut Pengajian Tinggi Swasta |
| Ditubuhkan pada | 26 Disember 2006 |
| Lokasi | Kuala Lumpur (Kampus Utama) , , |
| Laman sesawang | http://www.mediu.edu.my/ |
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU; Al-Madinah International University) merupakan sebuah intitusi pengajian swasta yang ditubuhkan pada 2006 di Shah Alam, Selangor, Malaysia dan kini telah pun berpindah ke kampus baharu yang terletak di Desa Petaling Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah Universiti Islam yang dikendalikan sebagai sebuah badan bukan keuntungan berasaskan maya (on-line) yang ditubuhkan dengan matlamat memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja dari seluruh pelosok dunia yang ingin menimba ilmu pengetahuan.
Pada penghujung tahun 2010, MEDIU telah mengorak langkah menjalankan pembelajaran secara konvensional (on campus) dengan pengambilan pelajar yang pertama pada September 2010.
MEDIU diiktiraf sepenuhnya sebagai universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan beroperasi di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) yang mengawal penubuhan dan pentadbiran dalam usaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar di peringkat pengajian tinggi.