Musang hitam pudar
| Musang hitam pudar | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
|
|
Musang hitam pudar (Jawi: موسڠ هيتم ڤودر atau musang gunung (nama saintifik: Diplogale hosei) ialah spsesies musang tergolong dalam famili Viverridae yang endemik di Borneo utara.
Tidak banyak yang diketahui mengenai mamalia pemangsa ini. Apa yang diketahui mengenai spesies ini datangnya daripada maklumat yang diperolehi daripada 17 buah spesimen yang disimpan di muzium-muzium di seluruh dunia. Hanya seekor Musang Hitam Pudar pernah ditangkap hidup hidup dalam sejarah: seekor Musang Hitam Pudar betina yang ditangkap padas tahun 1997 di Brunei dan disimpan dalam kurungan selama 2 bulan sebelum dilepaskan kembali.[1] Tidak ada seekor Musang Hitam Pudar yang hidup di dalam kurungan pada masa ini di mana mana tempat di dunia.
Ia diberi beberapa nama setempat termasuk dalam bahasa Dusun: Tani; bahasa Kadazan: Toni; bahasa Penan: Perayen. adalah sejenis mamalia carnivora