Kerekup siam

Kerekup siam
Pokok ceri kampung.
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Muntingiaceae
Genus: Muntingia
L.
Spesies:
M. calabura
Nama binomial
Muntingia calabura
Sinonim
  • Muntingia rosea H.Karst.
  • Muntingia calabura var. trinitensis Griseb.

Kerekup siam, kerkup siam (dua-dua dalam Jawi: کرکوڤ سيام), kerkuk atau kekut (nama botani: Muntingia calabura) ialah spesies tumbuhan tunggal genus Muntingia. Ia tumbuh asli di Mexico, Karibia, Amerika Tengah dan barat Amerika Selatan di selatan Bolivia dan Argentina; ia tersebar di kawasan-kawasan tropika seluruh dunia. Pokok ini sering dijumpai di tepi jalanan dan di sekitar sungai.

Ia tumbuhan kecil yang mempunyai buah yang manis dan digemari oleh kanak-kanak. Pokoknya juga ditanam sebagai hiasan.