Muntingiaceae

Muntingiaceae
Kerkup siam, Muntingia calabura.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
C.Bayer, M.W.Chase & M.F.Fay
Genus
  • Dicraspidia
  • Muntingia – kerkup
  • Neotessmannia

Muntingiaceae (kerkup-kerkupan) adalah sebuah keluarga tumbuhan berbunga kepunyaan rosid order Malvales. Keluarga ini mengandungi tiga genus: Dicraspidia, Muntingia dan Neotessmannia, yang masing-masing berspesies tunggal. Mereka adalah tumbuhan berkayu dari kawasan tropika Amerika. Sistem Cronquist yang lama menempatkan ketiga-tiga genus ini dalam keluarga Tiliaceae, di mana mereka berkongsi kesamaan morfologi, namun tiada pertalian evolusi.

Muntingia calabura telah diperkenalkan di kawasan tropika lantaran buahnya yang boleh dimakan. Dicraspidia donnell-smithii dan Neotessmannia uniflora adalah dua spesies lain dalam keluarga ini, yang terakhir hanya dikenali dari spesimen herbarium.