Abdullah Abdul Kadir Munshi

Munsyi

Abdullah Abdul Kadir
عبد الله عبد بن القادر
Sehalaman dari Hikayat Abdullah edisi pertama bertulisan Jawi dari Perpustakaan Nasional Singapura, ditulis antara 1840 dan 1843 serta dicetak tahun 1849.
LahirAbdullah bin Abdul Kadir
1796
Melaka, Melaka Belanda
Meninggal dunia1854 (berumur 57–58)
Jeddah, Empayar Uthmaniyah
PekerjaanPenulis, penterjemah dan guru
TempohAbad ke-19
GenreBukan cereka
SubjekSejarah Tanah Melayu
Tandatangan

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) ialah seorang penulis kelahiran Melaka.

Beliau disegani sebagai antara pelopor dalam bidang persuratan bahasa Melayu secara amnya khususnya dalam penerapan kewartawanan dalam penulisan bahasa Melayu semasa lalu mengubah pendekatan penulisan dalam bahasa Melayu secara ketara; hal ini menyumbang kepada jolokan sebagai Bapa Sastera Melayu Moden. Beliau diberikan gelaran "Munshi" atas kebijaksanaannya ini, gelaran bahasa Parsi ini bermaksud "pendidik" atau "guru".

J.T. Thomson, seseorang yang telah hidup sezaman dengan Abdullah telah menggambarkan beliau: “Menurut fisiognomi, beliau adalah seorang orang Tamil daripada selatan Hindustan: badannya sedikit membongkok, kurus, bertenaga, berkulit perang, mukanya bujur, hidung tinggi dan sebelah mata menjuling ke luar sedikit. Beliau menggayakan pakaian biasa yang dipakai orang Tamil Melaka. Seluar Acheh, sarong bercorak kotak, baju cetak, kopiah empat segi dan sandal. Beliau mempunyai semangat dan kebanggaan orang Arab, ketabahan dan kehalusan orang Hindu – namun, beliau hanya orang Melayu dari segi bahasa dan simpatinya terhadap negara.

Beliau meninggal dunia di Mekah semasa dalam perjalanan mengerjakan haji pada 1854.