Percetakan batu

Percetakan batu (juga ringkasnya: cetak batu) atau cap batu atau litografi (serapan kata gabung Yunani λίθος lithos "batu" dan γράφειν graphein "menulis") ialah kaedah percetakan atas permukaan batu keras bercorak halus yang dibubuhkan dakwat lalu mudah dilekapkan pada permukaan lawanan yang dicetak. Kaedah ini boleh digunakan untuk mencetak tulisan atau karya seni ke kertas atau bahan lain yang sesuai.